Cari @ Amanz

ComixologyBagi mereka yang berminat dengan dunia komik, semestinya mengenali salah satu perkhidmatan komik digital popular, comiXology. Hari ini, pihak Amazon secara rasminya mengumumkan pengambil-alihan Comixology dan menambah ia dibawah portfolio syarikat mereka.

Dengan pengambil-alihan ini, ia akan menguntungkan pihak comiXology, dimana mereka boleh menggunakan sumber Amazon dalam memperluaskan pasaran dan penjualan komik dan juga novel grafik. Pihak Amazon sendiri dilihat mengatakan akan terus melabur dalam perniagaan tersebut dalam memperluaskan pasarannya.

comiXology telah dimulakan pada tahun 2007, dan sering hadir dengan beberapa tawaran menarik untuk pengguna. Buat masa ini, mereka menawarkan pelbagai jenis komik dan novel grafik daripada lebih 75 penerbit terkemuka seluruh dunia.

Harga pengambil-alihan comiXology tidak diumumkan oleh Amazon.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd