Cari @ Amanz

Sebelum ini, permainan “Apo Bondo Eh Ni” yang membawakan bentuk permainan seumpama “Guess The Emoji” dalam bahasa Malaysia telah diperkenalkan untuk pengguna Android. Kini, ia turut dilihat pembangunnya telah menerbitkan permainan sama untuk pengguna iOS.

Seperti versi Android, versi iOS turut ditawarkan secara percuma, dan ditawarkan untuk pengguna iPhone dan juga iPad.

Melalui permainan ini, ia memaparkan gabungan beberapa emoji dan pengguna perlu meneka perkataan yang sesuai dalam bahasa Malaysia.

Bagi mereka yang berminat, anda boleh memuat-turun permainan ini terus daripada Apple AppStore hari ini.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd