Cari @ Amanz

Samsung Malaysia hari ini secara rasminya telah memulakan penjualan telefon pintar terbaru daripada mereka, Galaxy S5 – dan turut mengadakan acara pelancaran khas di lima lokasi terpilih.

Galaxy S5

Seperti semua sedia maklum, Celcom, DiGi, dan Maxis akan menawarkan Galaxy S5 di Malaysia, selain daripada para pengedar rasmi Samsung yang lain.

Bersempena dengan pelancaran hari ini, pihak Samsung menawarkan beberapa ganjaran tambahan untuk pembelian di lima lokasi sekitar Lembah Klang dan Pulau Pinang, iaitu di;

  1. Celcom Blue Cube, Sunway Pyramid Shopping Mall
  2. DiGi Concept Store, Sunway Pyramid Shopping Mall
  3. Maxis Centre, Suria KLCC
  4. Samsung Experience Store, The Gardens
  5. Samsung Experience Store, Gurney Paragon Mall

Samsung Galaxy S5 menawarkan beberapa ciri-ciri baru, terutamanya memfokuskan kepada kelajuan pemprosesan dan akses internet melaluinya, ciri-ciri tambahan pada kamera, sokongan kalis air, tambahan sensor pengimbas cap jari, dan beberapa perkara yang lain.

Samsung Galaxy S5 dijual pada harga RM2399, dan pengguna turut boleh mendapatkannya pada harga sedikit murah dengan pembelian melalui pakej telekomunikasi. Selain Galaxy S5, Samsung turut menawarkan Gear 2 pada harga RM899 dan Gear Fit pada harga RM599.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd