Cari @ Amanz

Sony Mobile Malaysia nampaknya telah mula menjual tablet terbaru mereka, Xperia Tablet Z2 untuk pasaran tempatan, dimana ia ditawarkan dalam dua variasi, iaitu dengan sokongan WiFi sahaja, ataupun tablet dengan sokongan WiFi dan juga 4G.

Xperia Z2 Tablet

Xperia Z2 Tablet
Pemproses Snapdragon 801 2.3GHz
RAM 3GB
Muatan Dalaman 16GB
Kamera 8.1-MP Belakang, 2.2-MP Depan
Skrin 10.1-inci 1200×1920 pixel
Bateri 6000 mAh

Xperia Tablet Z2 telah diperkenalkan pada bulan Februari yang lepas, dimana ia menggunakan skrin bersaiz 10.1-inci HD penuh dengan sokongan Triluminous, memori 3GB RAM, cip pemprosesan Snapdragon 801 2.3GHz, kamera 8.1-megapixel pada bahagian belakang dan juga kamera hadapan 2.2-megapixel.

Ia turut dilengkapi dengan pelbagai ciri-ciri menarik daripada Sony, termasuk sokongan audio Sony Front Surround, dan juga sokongan Digital Noise Cancelling.

Tablet ini menggunakan Android 4.4 KitKat, dan hadir dengan beberapa aplikasi daripada Sony, serta antaramuka khusus daripada Sony.

Di Malaysia, versi WiFi 16GB dijual pada harga RM1999, manakala Xperia Tablet Z2 versi 4G dijual pada harga RM2299.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd