Sony Mengeluarkan Amaran Berkaitan Risiko Bateri VAIO Fit 11A Boleh Terbakar

Sony Mengeluarkan Amaran Berkaitan Risiko Bateri VAIO Fit 11A Boleh Terbakar

Diterbitkan pada Apr 11, 2014 oleh .

Sony hari ini dilihat telah mengeluarkan amaran untuk para pengguna Sony VAIO Fit 11A, dimana ia dikatakan komputer riba tersebut boleh mudah menjadi panas dan terbakar.

Disebabkan perkara ini, Sony meminta untuk para pengguna untuk berhenti menggunakan komputer riba tersebut, dan mengelakkan sebarang keadaan tidak diingini terjadi.

Sony VAIO Fit 11A

Apa pun, pihak Sony masih tidak berkongsi mengenai apakah yang perlu dilakukan pengguna, seperti mengembalikan unit berkenaan ataupun sebaliknya.

Di Malaysia, walaupun ia tidak dipasarkan secara meluas, namun masih terdapat beberapa penjual yang menawarkan komputer riba hibrid ini kepada pembeli.


TIPS & ULASAN