Pra-Tempahan Oppo Find 7A Akan Dimulakan Minggu Hadapan – Bermula RM1598

Pra-Tempahan Oppo Find 7A Akan Dimulakan Minggu Hadapan – Bermula RM1598

Diterbitkan pada Apr 11, 2014 oleh .

Pihak Oppo Malaysia dilihat akan memulakan pra-tempahan untuk telefon pintar terbaru mereka, Oppo Find 7A secara rasmi bermula minggu hadapan, dan akan dijual di Malaysia bermula 15 Mei 2014 kelak.

Oppo Find 7

Pra-tempahan untuk Oppo Find 7A akan dimulakan pada 16 April, dimana seramai 500 pra-tempahan pertama akan menerima beberapa hadiah tambahan, termasuk sebuah speaker Bluetooth dan juga pelindung skrin serta kerangka untuk telefon berkenaan.

Untuk makluman, Oppo Find 7A merupakan variasi spesifikasi rendah untuk Oppo Find 7, dimana ia dilengkapi dengan cip pemprosesan Snapdragon 800 2.3GHz, dan skrin 5.5-inci dengan paparan HD penuh. Sokongan seperti rakaman video 4K, pengecasan pantas dan sebagainya masih kekal disertakan pada peranti ini.

Ia tidak diketahui lagi berkenaan bilakah Oppo Find 7 akan memasuki pasaran Malaysia.


TIPS & ULASAN