Facebook Ingin Mengurangkan Spam Pada Newsfeed – Menghukum Perkongsian Meminta “Like” Dan “Share”

Facebook Ingin Mengurangkan Spam Pada Newsfeed – Menghukum Perkongsian Meminta “Like” Dan “Share”

Diterbitkan pada Apr 11, 2014 oleh .

Facebook hari ini berkongsi mengenai sedikit kemaskini pada bahagian NewsFeed, terutamanya dalam mengurangkan perkongsian pautan-pautan berbentuk spam di halaman utama Facebook NewsFeed.

Facebook Like Share

Facebook mengatakan yang mana kini mereka akan mengurangkan paparan perkongsian berbentuk “link-bait”, yang mana terutamanya meminta pengguna untuk Like dan Share untuk beberapa perkara. Selain daripada itu, pihak Facebook juga turut akan mengurangkan paparan semula untuk gambar-gambar dan video yang dimuat-naik kembali ke Facebook dari masa ke semasa.

Dengan melaksanakan perkara ini, pihak Facebook berharap agar pengguna akan menemui lebih banyak kandungan yang menarik di News Feed, disamping pada masa yang sama mengurangkan pautaan-pautan dan perkongsian berbentuk spam di Facebook.


TIPS & ULASAN