Cari @ Amanz

Bercakap mengenai platform Android, pelbagai peranti sedia mempunyai sokongan daripada komuniti dan pembangun bebas dalam menawarkan beberapa fungsi tambahan, mahupun Android berbentuk vanilla. Terkini, peranti Nokia X turut menerima sokongannya.

Nokia X ROM

Melalui perkongsian di XDA, ia dilihat pembangun bebas hadir dengan sokongan Android 4.1.2 yang berasaskan kepada kod Code Aurora yang dioptimasikan untuk peranti berasaskan cip pemprosesan Qualcomm.

Daripada apa yang dikongsikan, pelbagai fungsi dilihat berjalan lancar tanpa sebarang masalah, termasuk sokongan dwi-SIM, radio FM dan juga kamera pada peranti berkenaan.

Bagi anda yang menggunakan peranti Nokia X, dan inginkan pengalaman penggunaan Android asal termasuk sokongan aplikasi Google, mungkin boleh memasang ROM ini pada peranti anda – menggantikan ROM asal di Nokia X.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd