Facebook sedia menguji dan memperkenalkan antaramuka baru yang lebih mendatar untuk aplikasi Android mereka sejak beberapa minggu yang lepas, dan hari ini ia dilihat mereka telah mula memperkenalkannya secara lebih meluas.
Antaramuka baru untuk aplikasi Android ini dilihat menggunakan elemen FlatUI yang popular akhir-akhir ini. Disamping itu, cara penggunaannya juga menerima kemaskini, dimana pengguna boleh swipe dari kiri ke kanan untuk mengakses tab-tab berbeza.
Butang perkongsian status pula diletakkan pada bahagian bawah, dan hilang apabila pengguna membuat tatalan ke bawah, dan memaparkan perkongsian di NewsFeed dengan lebih besar.
Kemaskini ini dilihat sedang diperkenalkan oleh Facebook secara meluas, dan telah pun diterbitkan di Google Play Store.
- Muat-Turun Facebook untuk Android