Amazon Dilaporkan Akan Perkenalkan Dengan Telefon Pintar 3D Pada Bulan Jun

Amazon Dilaporkan Akan Perkenalkan Dengan Telefon Pintar 3D Pada Bulan Jun

Diterbitkan pada Apr 12, 2014 oleh .

Desas-desus berkenaan dengan telefon pintar daripada Amazon bukan sesuatu yang baru, apatah lagi setelah mereka memperkenalkan tablet dan baru-baru ini penstrim media berasaskan Android. Kini, laporan terbaru mengatakan Amazon akan memperkenalkannya sekitar bulan Jun ini dan mula menjualnya bermula September.

Amazon dikatakan telah mula memperlihatkan versi pembangunan telefon pintar mereka kepada beberapa pembangun di Amerika Syarikat sejak beberapa minggu lepas, dalam usaha untuk menarik mereka membangunkan aplikasi untuknya.

Spesifikasi penuh untuk peranti ini tidak diketahui buat masa ini. Namun, menurut WSJ, telefon pintar ini bakal menyertakan lebih kurang empat sensor hadapan untuk mengesan retina, sekaligus memaparkan kandungan berbentuk 3D dengan cantik melaluinya.

Seperti tablet dan juga penstrim media mereka, berkemungkinan telefon pintar juga akan menggunakan sistem operasi berasaskan Android yang diubah-suai oleh Amazon, disamping turut menggunakan Amazon AppStore untuk tujuan tawaran aplikasi dan permainan.


TIPS & ULASAN