Microsoft Berkongsi Dokumentari Disebalik Gambar Latar Windows XP

Microsoft Berkongsi Dokumentari Disebalik Gambar Latar Windows XP

Diterbitkan pada Apr 12, 2014 oleh .

Bercakap mengenai Windows XP, salah satu perkara yang tidak boleh dilupakan adalah gambar latar utama skrin tersebut, yang boleh dikatakan merupakan salah satu gambar latar yang popular di seluruh dunia.

Sebelum ini, kami pernah berkongsi beberapa kisah mengenai rakaman gambar landskap tersebut oleh Charles O’Rear, dan menariknya bersempena dengan penamatan sokongan Windows XP, pihak Microsoft sendiri menyediakan sebuah dokumentari ringkas berkaitan dengannya.

Seperti biasa, ia turut ditekankan yang mana ia merupakan sebuah gambar asli, dan tiada penyuntingan Photoshop yang dilakukan pada gambar tersebut.

Untuk makluman, bagi anda yang berminat, boleh melihat kawasan rakaman tersebut secara langsung di Google Street View – dan melihat sendiri salah satu kawasan yang menjadi gambar latar popular di komputer seluruh dunia.


TIPS & ULASAN