Cari @ Amanz

Bermula tahun 2013, Facebook telah mengeluarkan laporan statistik mengenai permintaan kerajaan seluruh dunia terhadap informasi sesetengah pengguna. Kebiasaannya data yang diperlukan adalah melibatkan dari segi undang-undang. Terbaru, melalui halaman khas yang disediakan, mereka telah mengeluarkan laporan dari bulan Julai sehingga bulan Disember untuk tahun 2013.

Ketelusan Facebook Jul-Dec 2013

Berbanding dengan laporan ketelusan sepanjang bulan Januari sehingga bulan Jun 2013 untuk Malaysia yang memperlihatkan Facebook tidak memberikan sebarang data untuk Malaysia, pada tempoh bulan Julai sehingga bulan Disember 2013 Facebook telah memberikan 18.75% data untuk 16 permintaan melibatkan informasi 24 pengguna Facebook. Ini dilihat berbeza untuk tempoh terdahulu dimana sebanyak 7 permintaan melibatkan informasi 197 pengguna, namun tiada data diberikan untuk kerajaan.

Sekiranya dibandingkan dengan negara ASEAN, peratusan data diberikan terbanyak adalah kepada Singapura (70.92%), dan diikuti Filipina (50%), Thailand (0%), dan Cambodia (0%). Tiada statistik tersedia untuk negara ASEAN yang lain.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd