Atoll Reef : Sistem Modular Untuk iPad

Atoll Reef : Sistem Modular Untuk iPad

Diterbitkan pada Apr 14, 2014 oleh .

Project Ara ialah projek telefon pintar modular yang kini dibangunkan oleh Google. Melalui projek ini anda tidak perlu lagi membeli telefon baru setahun sekali untuk mendapatkan peranti dengan spesifikasi terkini. Sebaliknya pemilik mempunyai pilihan membeli komponen yang mahu ditambah baik mengikut keperluan mereka. Dengan kata lain telefon pintar akan lebih menyerupai sebuah PC yang boleh dikustomasi kemampuannya mengikut kehendak anda.

Projek Ara masih lagi di peringkat perancangan dan menanti untuk dihasilkan prototaipnya. Sementara itu projek serupa dari Apple masih belum kelihatan. Atoll Reef ialah sistem modular untuk iPad yang hampir menyerupai Project Ara. Melalui Reef pemilik iPad boleh meletakkan bateri tambahan, pembesar suara ataupun modul telefoni kepada sebuah iPad. Modul-modul ini mudah ditanggalkan dari cangkerang Reef yang direka khas. Dari segi fleksibiliti ianya tidak sehebat Ara tetapi ianya percubaan yang menarik bagi membawakan kemampuan modular untuk produk Apple.

atoll-reef-designboom02 img_1_1397154534_cdd8ba4393ea80cdb68d2e0e073c588e

Sumber Atoll Reef

 

 


TIPS & ULASAN