3 Aplikasi Windows Phone Menarik Daripada Pembangun Tempatan

3 Aplikasi Windows Phone Menarik Daripada Pembangun Tempatan

Diterbitkan pada Apr 14, 2014 oleh .

Sering kali kita mendengar pembangun tempatan hadir dengan aplikasi dan permainan menarik untuk platform Android dan juga iOS. Nampaknya, kini platform Windows Phone turut tidak ketinggalan, dan berikut adalah antara 10 aplikasi Windows Phone baru daripada para pembangun tempatan.

HijrahRasul

Hijrah Rasul

Hijrah Rasul merupakan aplikasi berbayar yang memfokuskan lebih kepada bentuk buku cerita digital. Melaluinya, ia membawakan kisah hijrah Nabi Muhammad (SAW), dan dipaparkan dalam bahasa Malaysia serta beberapa imej-imej menarik untuk menarik minat pembaca.

Muat-Turun HijrahRasul untuk Windows Phone – RM2.99

twetBay

twetBuy Windows Phone

Ia boleh dikatakan yang mana pada hari ini urusan jual beli melalui Twitter adalah salah satu perkara yang mudah, apatah lagi dengan kuasa sosial pada platform tersebut.

Mengambil peluang tersebut, salah seorang pembangun tempatan hadir dengan aplikasi twetBay yang memudahkan anda untuk menjual dan membeli terus melalui Twitter. Namun, seperti biasa, ia masih kurang promosi dan angka pengguna yang menggunakannya masih rendah.

Muat-Turun twetBay untuk Windows Phone

Alert

Alert Windows Phone

Salah satu aplikasi memfokuskan kepada perkongsian mengenai berita-berita dan info kecemasan, dimana menggunakan ia dan juga sokongan geolokasi, pengguna boleh berkongsi sebarang perkara berkaitan kecemasan, kecurian, salah-laku dan sebagainya dengan mudah. Aplikasi ini turut memaparkan data daripada MalaysiaCrime, disamping menawarkan sokongan satu tap untuk panggilan kecemasan.

Seperti twetBuy, angka penggunanya juga masih sedikit, maka tiada banyak data yang terdapat pada aplikasi ini buat masa ini.

Muat-Turun Alert untuk Windows Phone


TIPS & ULASAN