Cari @ Amanz

Bagi para pengguna OS X dan gemar mengikuti pelbagai perkara melalui RSS, semestinya salah satu perisian yang anda sedia kenali adalah Reeder. Ia sebelum ini telah berhenti beroperasi ketika Google menamatkan Reader. Kini, setelah beberapa bulan, pembangunnya hadir dengan versi beta baru yang mana sekaligus mengembirakan komuniti pengguna OSX seluruh dunia.

Reeder 2 Mac

Reeder untuk Mac kini membawakan sokongan untuk lebih banyak perkhidmatan, termasuk Feedly dan sebagainya – lebih kurang menyeruapi aplikasi iOS-nya.

Untuk pengguna Mac OS X yang berminat, anda boleh menguji versi pembangunan beta untuk Reeder ini, dan mungkin kita akan dapat melihat versi stabil pertamanya ditawarkan melalui Mac AppStore tidak lama lagi.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd