Motorola Moto X Mula Dijual Di Malaysia Pada Harga RM1499

Motorola Moto X Mula Dijual Di Malaysia Pada Harga RM1499

Diterbitkan pada Apr 14, 2014 oleh .

Motorola Moto X merupakan salah satu telefon pintar yang telah diperkenalkan sekitar bulan Ogos 2013 yang lepas. Kini, selepas ia diperkenalkan di beberapa buah negara seluruh dunia, pihak Brightstar Malaysia turut telah membawa masuk ia ke pasaran tempatan.

Moto X

Motorola Moto X merupakan telefon pintar dengan skrin bersaiz 4.7-inci, cip pemprosesan dwi-teras 1.7Ghz Krait, memori 2GB RAM, kamera belakang 10-megapixel, kamera hadapan 2-megapixel, serta dilengkapi dengan sistem operasi berasaskan Android.

Menariknya, seperti Motorola Moto G, Moto X juga turut telah menerima kemaskini Android 4.4, dan merupakan antara peranti terawal menerimanya. Sebelum ini, ia dikatakan akan ditawarkan pada harga RM1399, namun beberapa perubahan telah dilakukan, membawakan tanda harga yang sedikit tinggi berbanding laporan sebelum ini.

Di Malaysia, ia membawakan tanda harga RM1499, dan ditawarkan dalam pilihan warna hitam dan juga putih.


TIPS & ULASAN