SELFIE – Cermin Pintar Mengambil Selfie Anda Secara Automatik

SELFIE – Cermin Pintar Mengambil Selfie Anda Secara Automatik

Diterbitkan pada Apr 14, 2014 oleh .

Di dalam sejarah peradaban dunia terdapat pelbagai rekaan yang memperbaiki mutu kehidupan tamadun manusia. Api membolehkan manusia hidup di kawasan sejuk tanpa mati kesejukan. Roda membantu manusia membina monumen gergasi serta memulakan perdagangan di antara komuniti. Serbuk pistol menjadi batu loncatan untuk manusia berbunuhan pada skala massa sementara internet pula membolehkan anda mengutuk individu secara rawak dengan menyorok di sebalik nama palsu. Tidak kesemua ciptaan manusia ada kebaikannya.

Sebagai contoh Thomas Midgley, Jr mungkin adalah pencipta yang menghasilkan kerosakan paling besar terhadap alam sekitar. Nama beliau mungkin tidak anda kenali tetapi Thomas Midgley, Jr ialah pencipta choloflurocarbon (CFC) dan bahan penambah plumbum di dalam minyak petrol yang kesannya masih dapat dirasai sehingga hari ini.

walk-smile-snap-photo-_u3yn

SELFIE ( Self Enhancing Live Feed Image Engine) mungkin adalah ciptaan yang tidak akan membawakan anjakan paradigma terhadap tamadun homo sapiens tetapi ianya sebuah ciptaan yang menunjukkan tahap narsisis manusia yang semakin berkembang. SELFIE yang direka oleh iStrategy Labs ialah sebuah cermin pintar yang mengambil gambar selfie anda secara automatik dan kemudian memuat naik gambar tersebut ke media sosial. Kelebihan SELFIE ialah anda tidak perlu memegang kamera dan mencari sudut terbaik untuk mengambil gambar. Hanya perlu senyum dan perisian pengenalan muka SELFIE akan mengambil gambar anda yang terbaik. Cermin pintar ini diperkasakan oleh sebuah Mac Min dan kamera web.

 

Sumber iStrategyLabs

 


TIPS & ULASAN