Cari @ Amanz

MOLPay CashMOLPay merupakan salah satu platform pembayaran yang memudahkan penjual menggunakannya dalam menerima bayaran daripada pelbagai jenis bank di Malaysia. Menariknya, kini mereka turut hadir dengan MOLPay Cash yang membolehkan penjual atas-talian menerima bayaran melalui 7-Eleven.

Menggunakannya, para pembeli boleh ke 7-Eleven berdekatan mereka, dan membuat pembayaran untuk pembelian atas-talian yang menyokong platform MOLPay.

Untuk membuat pembayaran melalui MOLPay Cash, pengguna perlu memilih pilihan tersebut ketika checkout daripada kedai jualan atas-talian, dan ia akan menjana sebuah kod transaksi khas. Kod tersebut kemudiannya boleh dibawa ke 7-Eleven untuk membuat pembayaran tunai, dan pihak MOLPay akan mengemaskini status pembayaran terus ke pihak penjual. Apa pun, seperti biasa, untuk menggunakan platform MOLPay ini, pengguna perlu memastikan penjual atas-talian mengintegrasikan sokongan platform tersebut di kedai jualan mereka.

Untuk fasa pengenalan ini, MOLPay Cash akan disokong disekitar Lembah Klang, sebelum ia diperluaskan ke seluruh negara. MOLPay menyasarkan semua 7-Eleven di Malaysia menyokongnya menjelang bulan Julai 2014 ini.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd