Samsung Galaxy K Dijangka Akan Diumumkan Pada 29 April Ini

Samsung Galaxy K Dijangka Akan Diumumkan Pada 29 April Ini

Diterbitkan pada Apr 14, 2014 oleh .

Pelbagai desas-desus berkenaan dengan Galaxy S5 Zoom telah kedengaran sebelum ini, dan terkini pihak Samsung dilihat telah mula menghantar jemputan kepada media untuk suatu acara khas pada 29 April dengan fokus pada huruf “K”.

Samsung Galaxy K

Galaxy K = Galaxy Kamera?Perkara ini membuatkan ramai membuat spekulasi untuk peranti yang dinamakan sebagai Galaxy K, dimana ia akan memfokuskan kepada sokongan kamera pada telefon pintar.

Ini juga akan memudahkan para pengguna daripada terkeliru dengan penggunaan jenama Galaxy S5 seperti yang dilakukan oleh Samsung pada tahun lepas.

Apa pun, sama-sama kita nantikan bagaimanakah peranti terbaru daripada Samsung ini akan kelihatan, dan adakah ia bakal bersaing dengan pelbagai peranti lain di luar sana, termasuk peranti PureView daripada Nokia.


TIPS & ULASAN