Cari @ Amanz

Facebook CreditsFacebook dengan menjadi salah satu platform sosial yang digunakan paling ramai di seluruh dunia, semestinya mereka berupaya untuk membuat sesuatu yang baru dan memberikan impak yang besar kepada pengguna seluruh dunia.

Hari ini, salah satu desas-desus baru kedengaran, mengatakan Facebook sedang dalam perancangan untuk menyertai perkhidmatan kewangan dengan memperkenalkan “E-Money”.

Ia tidak diketahui sepenuhnya bagaimana ia akan berfungsi kelak. Secara kasarnya, mengikut pelbagai perkhidmatan lain, ia akan membolehkan pengguna menyimpan nilai wang di Facebook, dan menggunakannya dalam membayar pihak lain – selain menerima daripada yang lain.

Facebook sedia menyokong Facebook Credit, namun ia hanya terhad kepada pengguna di laman sosial tersebut sahaja.

Mungkinkah dengan “E-Money” ini mereka ingin menyasarkan transaksi di seluruh web melalui platform mereka?

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd