Windows Phone 8.1 Sedia Untuk Dimuat-Turun Oleh Para Pembangun

Windows Phone 8.1 Sedia Untuk Dimuat-Turun Oleh Para Pembangun

Diterbitkan pada Apr 14, 2014 oleh .

Selang dua minggu selepas berkongsi beberapa perkara baru yang dibawakan oleh Windows Phone 8.1, hari ini Microsoft telah pun melancarkan versi untuk pembangun – membolehkan para pembangun memuat-turun dan mencubanya terlebih dahulu sebelum ia ditawarkan kepada pengguna.

Windows Phone 8.1

Ia menjadi kebiasaan untuk penyedia platform seperti Microsoft untuk menawarkan versi pembangun terlebih dahulu, dalam usaha membolehkan para pembangun mengoptimasikan aplikasi mereka untuk kemaskini akan datang.

Para pembangun boleh memuat-turunnya daripada laman khas untuk pembangun, ataupun turut mendapatkannya dengan memuat-turun sebuah aplikasi Preview khas untuk Windows Phone.

Layari : Laman Windows Phone Dev Preview

Pengguna biasa turut boleh mencubanya dengan mendaftarkan akaun di Windows Phone App Studio, dan memuat-turun aplikasi “Preview for Developer”, tetapi ia mungkin terdapat beberapa masalah, dan mungkin tidak stabil seperti versi akhir.

Muat-Turun aplikasi Preview for Developers

Melalui Windows Phone 8.1, pihak Microsoft membawakan beberapa perkara baru, termasuk sokongan pusat notifikasi, pembantu maya Cortana, sokongan menggunakan gambar latar pada Tiles, dan pelbagai perkara lain.

Buat masa ini, tiada tarikh rasmi yang diberikan berkenaan bilakah Windows Phone 8.1 akan mula diperkenalkan kepada pengguna seluruh dunia secara rasminya.


TIPS & ULASAN