Carian
Google Memfailkan Paten Untuk Kanta Lekap Dengan Kamera Terbina
April 15, 2014 Aman

Google sebelum ini sedia mengumumkan perancangan mereka untuk kanta lekap pintar khusus untuk tujuan kesihatan. Nampaknya, selain daripada menyemak kadar gula dan sebagainya, Google turut mempunyai pelbagai cita-cita tinggi yang lain yang ingin dicapai melalui penggunaan kanta lekap.

Melalui salah satu pemfailan paten yang ditemui hari ini, ia dilihat pihak Google ingin menyertakan sebuah komponen berupa kamera mikro pada kanta lekap. Ia masih memfokuskan kepada menambah-baik kualiti hidup pengguna dan bukannya untuk tujuan rakaman gambar.

Kanta Lekap Kamera

Daripada apa yang dikongsikan, ia dikatakan sekiranya mereka yang buta boleh menggunakannya dalam mengetahui halangan dihadapan, selain memberikan arahan melalui integrasi bersama penggunaan peranti lain dan sebagainya. Sebagai contoh, ia dikatakan telefon pintar boleh memberikan arahan suara berkenaan keadaan sekeliling – seperti keselamatan ketika ingin melintas jalan dan sebagainya. Kamera tersebut juga dikatakan mungkin hadir dengan sokongan pengecaman wajah, yang mana akan amat membantu mereka yang mempunyai masalah penglihatan.

Selain daripada itu, teknologi ini juga mungkin akan membantu manusia untuk melihat kawasan jauh dengan lebih jelas, selain pelbagai perkara lain lagi.

Apa pun, buat masa ini ia hanya sekadar pemfailan paten sahaja, dan mungkin akan mengambil masa beberapa tahun sebelum ia direalisasikan – sekiranya berjaya.

Komen