Microsoft Menerbitkan Office Online Di Chrome WebStore

Microsoft Menerbitkan Office Online Di Chrome WebStore

Diterbitkan pada Apr 15, 2014 oleh .

Pada beberapa minggu yang lepas, pihak Microsoft telah memperkenalkan penjenamaan semula untuk perkhidmatan Office atas-talian mereka kepada Office Online. Melalui pelbagai aplikasi pejabat mereka ditawarkan atas talian, termasuk Word, Excel, PowerPoint, dan juga OneNote.

Office Online

Ia memudahkan pengguna untuk membuat penyuntingan dokumen terus pada pelayar web tanpa perlu memasang perisian Office pada komputer mereka.

Hari ini, gergasi perkomputeran tersebut turut memperkenalkan pelbagai kemaskini baru pada perkhidmatan web mereka, termasuk sokongan pemformatan yang lebih baik, kebolehan mengimport ke PDF dan termasuk tawaran aplikasi Chrome untuk perkhidmatan mereka.

Buat masa ini, beberapa aplikasi Office Online telah tersedia di Chrome, memudahkan pengguna pelayar web milik Google tersebut untuk memasang aplikasi Office Online untuk akses dengan mudah pada bila-bila masa.

Bagi anda yang berminat, boleh memasang aplikasi web yang berbentuk pautan akses pantas ini pada pelayar web Chrome anda, dan memudahkan lagi anda untuk membuat penyuntingan dan sebagainya. Berkemungkinan perkara ini mungkin akan digemari oleh pengguna ChromeOS.

Muat-Turun Word Online di Chrome WebStore

Muat-Turun PowerPoint Online di Chrome WebStore

Muat-Turun OneNote Online di Chrome WebStore


TIPS & ULASAN