Asus Berkongsi Mengenai ZenUI – Antaramuka Khusus Untuk Peranti Android Asus

Asus Berkongsi Mengenai ZenUI – Antaramuka Khusus Untuk Peranti Android Asus

Diterbitkan pada Apr 15, 2014 oleh .

Semasa pengumuman Asus di Jakarta, fokus khas diberikan kepada paparan antaramuka ZenUI yang membawakan banyak fungsi menarik dan susunatur yang baik, sesuai untuk mereka yang ingin mengubah paparan antaramuka Android mereka.

Sekiranya paparan default Android mengetengahkan Widgets, dengan ZenUI paparan Homescreen-nya mempunyai pelbagai informasi yang boleh dimuatkan. Kesemua informasi termasuk temujanji, perkara perlu dilakukan, malahan notifikasi peringatan mengenai panggilan yang dibatalkan dipersembahkan dalam bentuk jalur-masa seakan-akan Facebook Timeline dan aplikasi ini dinamakan What’s Next.

ZenUI juga diseragamkan serta diintegrasikan dengan aplikasi dari Asus yang lain. Beberapa fungsi yang menjadi fokus pada ZenUI adalah fungsi yang dinamakan “Whats Next, Do It Later”, dan juga integrasi Omlet Chat.

Whats’ Next merupakan salah satu pembaharuan yang dibawakan oleh Asus dalam memaparkan informasi yang diakses setiap hari oleh kita pada pelbagai bahagian. Pengguna boleh menetapkannya untuk memaparkan informasi seperti mesej, panggilan, cuaca semasa, temujanji dan sebagainya pada skrin utama, lockscreen serta pada drawer notifikasi.

Asus ZenUI

Selain itu, pengguna turut boleh menggunakan fungsi Do It Later pada ZenUI untuk membolehkan anda mengingati pelbagai perkara dengan lebih mudah, selain menyimpan pautan, video YouTube dan sebagainya untuk tontonan dan bacaan pada kemudian masa.

Dan fungsi akhir sekali yang menjadi fokus pada ZenUI adalah integrasi sokongan permesejan dinamakan Omlet Open Messaging Platform yang memudahkan pengguna untuk berinteraksi dengan rakan-rakan lain melalui Omlet Chat.


TIPS & ULASAN