Permainan Bad Piggies Hadir Untuk Pengguna Windows Phone

Permainan Bad Piggies Hadir Untuk Pengguna Windows Phone

Diterbitkan pada Apr 15, 2014 oleh .

Bad Piggies merupakan salah satu variasi permainan daripada Rovio yang memfokuskan kepada watak babi hijau di Angry Birds. Setelah diperkenalkan di iOS dan Android sekitar dua tahun lepas, kini permainan tersebut turut diterbitkan untuk pengguna Windows Phone.

badpiggies

Bad Piggies membawakan bentuk permainan yang memerlukan pengguna berfikir secara kreatif dalam membawa watak babi hijau melarikan telur burung. Pengguna diperlukan untuk membina kenderaan, dan lebih 200 tahap berbeza disediakan oleh Rovio untuknya.

Bagi para pengguna Windows Phone, anda boleh mendapatkan permainan ini daripada WP Store hari ini pada harga RM2.99.

Muat-Turun Bad Piggies untuk WP


TIPS & ULASAN