Asus Padfone Mini Akan Berharga RM999 Di Malaysia – Dijual Sekitar Mei

Asus Padfone Mini Akan Berharga RM999 Di Malaysia – Dijual Sekitar Mei

Diterbitkan pada Apr 15, 2014 oleh .

Bersama-sama dengan pengesahan harga untuk Asus Zenfone, pihak Asus Malaysia turut sama telah mengesahkan harga jualan untuk peranti hibrid mereka yang terbaru, iaitu Asus Padfone Mini. Di Malaysia, ia akan dijual pada harga RM999 – lebih murah daripada apa yang dikatakan sebelum ini.

Asus Padfone Mini

Asus Padfone Mini

Asus Padfone Mini membawakan gabungan telefon pintar bersaiz 4-inci dengan tablet 7-inci. Pengguna boleh menyambungkan telefon pintar pada bahagian belakang Padfone Station, dan menggunakannya sebagai sebuah tablet.

Dari segi spesifikasi, ia menggunakan cip pemprosesan Intel Atom Z2560 1.6GHz, memori 1GB RAM, kamera belakang 8-megapixel, dan kamera hadapan 2-megapixel.

Ia menggunakan Android 4.3 Jelly Bean, dan pihak Asus dilihat mengatakan ia akan dikemaskini kepada Android 4.4 KitKat. Dari segi antaramuka, peranti hibrid ini juga turut dilengkapi dengan antaramuka Asus ZenUI yang menyertakan pelbagai fungsi menarik bersama-sama dengannya.

Berkenaan dengan tarikh jualan, pihak Asus Malaysia belum mengesahkannya, dan mengatakan ia berkemungkinan akan ditawarkan sekitar bulan Mei ini.


TIPS & ULASAN