Office 365 Personal Diperkenalkan Di Malaysia – Menawarkan Penggunaan Office Di Satu Komputer Dan Tablet

Office 365 Personal Diperkenalkan Di Malaysia – Menawarkan Penggunaan Office Di Satu Komputer Dan Tablet

Diterbitkan pada Apr 15, 2014 oleh .

Office 365 sedia diperkenalkan oleh Microsoft sebelum ini, dan hari ini Microsoft Malaysia turut sama mengumumkan pengenalan Office 365 Personal yang menyasarkan kepada pengguna perseorangan.

Office 365 Personal

Melalui Office 365 Personal, ia menawarkan penggunaan perisian Office pada satu komputer (PC dan Mac), serta pada satu tablet (iPad). Pengenalan Office 365 Personal ini, ia dilihat menyasarkan pengguna perseorangan yang tidak memerlukan bilangan lesen yang banyak seperti ditawarkan melalui Office 365 Home.

Office 365 Personal akan ditawarkan pada harga langganan tahunan sebanyak RM189.99 – yang mana akan membawakan akses kepada aplikasi Word, Excel, PowerPoint, OneNote, Publisher dan juga Access. Ia turut hadir dengan sokongan sync ke awan yang membolehkan pengguna mengakses pelbagai dokumen mereka dari mana-mana peranti dengan mudah.

Dengan pakej Office 365 Personal ini, ia turut menawarkan ruangan storan percuma sebanyak 20GB di OneDrive, dan juga panggilan percuma 60 minit melalui Skype.

Selain Office 365 Personal, pihak Microsoft turut menjenamakan pakej Office 365 Home Premium kepada Office 365 Home, dan ditawarkan pada harga langganan tahunan RM249.99. Ia membolehkan pengguna menggunakan perisian Office pada sehingga lima komputer dan juga lima tablet.


TIPS & ULASAN