Mendekati Warisan Angkor Wat Melalui Street View Dan Google Cultural Institute

Mendekati Warisan Angkor Wat Melalui Street View Dan Google Cultural Institute

Diterbitkan pada Mei 25, 2014 oleh .

gallery-image-3

Dapat menjejaki ke bumi Kemboja adalah suatu pengalaman yang tidak dapat dilupakan. Melihat tinggalan Angkor Wat yang telah ditinggalkan lebih lima dekad lalu cukup mengagumkan serta meninggalkan sedikit tanda tanya bagaimana masyarakat Khmer di Kemboja dapat membina sebuah monumen sebesar itu.

Angkor Wat adalah salah satu monumen terbesar di dunia dan merupakan rumah ibadat pertama bagi agama Hindu dan seterusnya diikuti agama Buddha. Ia teletak kira-kira 5.5KM daripada pusat bandar Siem Reap dan juga menjadi salah satu tarikan menarik di Kemboja.

Dalam usaha menggalakan lagi perlancongan di Kemboja, Google telah melancarkan Google Street View yang membolehkan pengguna melihat tempat-tempat menarik di sekitar Angkor Wat dengan lebih dekat lagi. Selain itu, pihak turut Google turut sama memperkenalkan Angkor Wat melalui Google Cultural Institute yang boleh dikatakan sebagai muzium digital yang hadir dengan bahan pameran interaktif.

Google Street View adalah sebuah fungsi popular di Google Maps yang membolehkan pengguna menyaksikan secara maya dan menavigasi sesebuah kawasan di atas peta menerusi imej panorama 360 darjah. Sehingga kini, Google Street View telah berada di 55 buah negara dan di Kemboja, pihak Google telah mula merakam imej-imej Street View di negara Kemboja untuk memasukkannya di dalam Google Maps sejak tahun 2013.

…penampilan Angkor Wat di Street View diharap dapat mendekatkan komuniti di Kemboja serta penduduk lain di serata dunia.Pengurus Produk untuk Google Maps berkata penampilan Angkor Wat di Street View diharap dapat mendekatkan komuniti di Kemboja serta penduduk lain di serata dunia untuk merasai pengalaman warisan dan tinggalan arkeologikal dengan cara yang baru secara sepenuhnya.

Street View di Angkor Wat membolehkan pengguna menavigasi imej 360 darjah bagi kuil bersejarah, struktur serta melihat ukiran pada dinding hasil tinggalan masyarakat Kemboja. Selain itu, pengguna juga kini boleh melihat secara lebih dekat warisan budaya dan sejarah Angkor Wat melalui pameran atas talian yang boleh didapati di laman Google’s World Wonders Project.

DSC01778-resize

Pada tahun lepas, pihak Google telah melancarkan Google Street View di Malaysia dan beberapa alatan telah digunakan pada rakaman Street View seperti kereta, trolley, tricycle, tripod dan penggunaan Trekker Street View. Berbeza dengan penggambaran Street View di Angkor Wat, pihak Google telah menggunakan alatan-alatan terpilih yang bersesuaian dengan keadaaan di sekitar Kemboja.

device-carousel1

Trekker

Pihak Google mengatakan Street View di Angkor Wat juga menggunakan peralatan seperti kereta, Street View Trekker, dan tripod namun tidak menggunakan penggunaan trolley dan tricycle seperti di Malaysia. Ketiga-tiga alat ini dilihat bersesuaian dengan Kemboja dan sehingga kini, Google telah mengambil lebih 90,000 imej panorama hanya untuk Angkor Wat sahaja.

Menurut Google, jumlah besar rakaman di Angkor Wat melibatkan penggunaan kereta yang direka untuk Street View yang hadir dengan alatan seperti kamera dan komputer khas di dalamnya. Bagi negara Kemboja, Google dilihat menggunakan kenderaan jenis SUV untuk memudahkan lagi rakaman dan pengimejan 360 darjah di negara ini. Menurut Google lagi, penggunaan kereta Street View melibatkan jalan-jalan utama di sekitar Kemboja dan juga meliputi kawasan Angkor Wat yang mempunyai luas kawasan seluas 500 ekar.

Namun bagi merakam di kawasan dan laluan yang kecil, alatan seperti Trekker digunakan dalam menjayakan Street View di Kemboja ini. Street View Trekker memerlukan seseorang membawa sebuah beg dengan peralatan pengimejan seberat 18KG dengan hanya menyandang seperti beg galas. Alatan ini digunakan ketika melalui kawasan-kawasan kecil di Angkor Wat terutamanya ketika mendaki kuil dengan 500 anak tangga. Dari segi ketahan baterinya pula, Street View Trekker mampu bertahan kira-kira 8 jam sebelum perlu dicaj semula.

Screenshot (83)-resize

Selain Google Street View, pihak Google turut mendekatkan lagi Angkor Wat melalui sebuah projek yang dinamakan sebagai Google Cultural Institute (GCI). Projek ini hadir dengan teknologi untuk membawa sebarang tinggalan, arkib, tapak-tapak warisan dan pelbagai bahan lain ke atas talian. Apa yang menarik, pihak GCI menyasarkan untuk meningkatkan lagi jumlah bahan kebudayaan dunia untuk pameran secara maya pada masa akan datang dengan menampilkan lebih 356 pameran daripada 455 rakan kongsi dari seluruh dunia.

…misi GCI adalah menjadikan bahan warisan dunia boleh diakses pengguna global dan memelihara bahan ini secara digital.Pengarah Google Cultural Institue menyatakan bahawa misi GCI adalah untuk menjadikan bahan warisan dunia boleh diakses pengguna global dan memelihara bahan ini secara digital untuk pengetahuan dan tatapan generasi hadapan. Beliau juga menyuarakan hasrat agar lebih ramai mengambil peluang ini untuk menyaksikan secara maya simbol ikonik Kemboja dan mengetahui dengan lebih lanjut mengenai kesenian dan kebudayaan Khmer di Kemboja.

Apa yang menarik tentang GCI, pihak Google memaklumkan kandungan didalamnya telah dirakam dengan menggunakan teknologi gigapixel yang mana membolehkan pelawat laman web Google Cultural Institute dapat meneliti bahan pameran dari muzium di seluruh dunia dengan imej berdefinisi tinggi. Teknologi yang digunakan juga membenarkan pengguna meneliti ukiran, lukisan, bahan buatan tangan dan banyak lagi dengan dalam jarak yang amat dekat dan lebih terperinci.

Screenshot (82)

…memastikan bahan-bahan ini boleh diakses secara kekal untuk generasi akan datang.Bagi kami, usaha Google menambah lokasi menarik dunia di dalam senarai Street View dilihat sebagai inisiatif untuk mendekatkan pengguna kepada tempat-tempat menarik di seluruh dunia. Melalui Street View, pengguna boleh melihat kawasan sekitar Angkor Wat secara maya sebelum melawat tempat sebenar seterusnya memudahkan lagi orang ramai merancang percutian ke destinasi pilihan mereka.

Google Cultural Institute pula dalam pada yang sama ingin menjadikan bahan-bahan pameran daripada muzium seperti khazanah dan artifak lebih mudah diakses dengan hanya melalui paparan komputer sahaja. Melalui teknologi gigapixel yang digunakan bersama, ia memudahkan orang ramai meneliti dan melakukan kajian dengan menggunakan bahan-bahan yang terdapat di Google Cultural Institute. Kami percaya, usaha murni ini adalah ingin memastikan bahan-bahan seperti ini boleh diakses secara terus untuk tantapan generasi akan datang.

Bagi anda yang berminat untuk melihat Angkor Wat dengan lebih dekat, layari laman Google Street View: Angkor Wat dan berkunjung ke laman Google Cultural Institute bagi mendapatkan info dan kandungan bersejarah secara interaktif dalam kandungan berkualiti tinggi.

Layari: Street View Angkor Wat dan Google Cultural Institute


TIPS & ULASAN