Google Memudahkan Penambahan Gambar Dari Google+ Photos Ke GMail

Google Memudahkan Penambahan Gambar Dari Google+ Photos Ke GMail

Diterbitkan pada Apr 16, 2014 oleh .

Bagi pengguna Android, Google sedia menawarkan simpanan salinan pendua gambar terus pada Google+ Photos, dan memudahkan ia diakses pada akaun Google mereka. Menariknya, kini sokongan tersebut ditambah dengan integrasi ke GMail.

GMail - Google Photos

Sekiranya pengguna membuka aplikasi GMail melalui web hari ini, Google menyediakan sebuah pilihan baru, iaitu menyertakan gambar dari Google+ Photos terus ke emel yang ingin dihantar. Fungsi ini memudahkan pengguna untuk menyertakan gambar pada emel, tanpa perlu memuat-naik sesuatu gambar lagi sekali ke emel mereka.

Menariknya, sokongan penyuntingan ringkas turut disediakan, dimana pengguna boleh mengecilkan saiz dan sebagainya terus daripada tetingkap emel GMail mereka di web.

Fungsi ini akan diperkenalkan secara berperingkat kepada semua pengguna GMail seluruh dunia bermula hari ini.


TIPS & ULASAN