Samsung Dijangka Akan Hadir Dengan Telefon Pintar Tizen Dalam Beberapa Bulan Lagi

Samsung Dijangka Akan Hadir Dengan Telefon Pintar Tizen Dalam Beberapa Bulan Lagi

Diterbitkan pada Apr 16, 2014 oleh .

Samsung sebelum ini dijangka akan memperkenalkan telefon pintar Tizen mereka pada tahun lepas. Namun, ia ditangguhkan beberapa kali disebabkan “keadaan pasaran”, dan Samsung dilaporkan akan memperkenalkannya pada tahun ini.

Daripada apa yang dikongsikan oleh pihak Samsung hari ini, mereka menyasarkan untuk memperkenalkannya sebelum pengenalan Galaxy Note baru, dan hanya akan ditawarkan di beberapa buah negara sahaja.

Tizen merupakan salah satu platform sumber terbuka yang menerima sokongan daripada beberapa pihak, termasuk Samsung dan juga Intel. Sebelum ini, ramai telah mengatakan Samsung ingin mengurangkan kebergantungan terhadap platform Google, disamping membolehkan mereka menjana pendapatan tambahan melalui penjualan aplikasi dan kandungan melaluinya.

Pada awal tahun ini sendiri, Samsung telah membuat kejutan dengan memperkenalkan jam tangan pintar mereka, Gear 2 yang menjalankan platform Tizen.

Menurut Reuters, Samsung akan memperkenalkan dua telefon pintar Tizen, dimana satu dengan spesifikasi tinggi, dan satu lagi dengan spesifikasi pertengahan.


TIPS & ULASAN