Cari @ Amanz

Selain daripada telefon pintar berasaskan Tizen, pihak Samsung juga turut dilihat berkongsi mengenai perancangan untuk jam tangan pintar, dimana mereka dijangka akan memperkenalkan jam tangan berasaskan Android Wear pada tahun ini.

Android Wear adalah platform Android yang dioptimasikan untuk peranti boleh-pakai dan telah diperkenalkan oleh Google baru-baru ini. Beberapa syarikat telah menyatakan akan hadir dengan peranti mereka menggunakannya, termasuk Motorola dan juga LG.

Samsung sendiri sedia hadir dengan tiga variasi jam tangan pintar mereka buat masa ini, yang mana masing-masing menggunakan platform berbeza. Salah satunya menggunakan versi Android penuh yang telah diperkenalkan pada tahun lepas, selain Gear 2 yang menggunakan Tizen, dan Gear Fit yang menggunakan sebuah platform tersendiri.

Mungkinkah penyertaan Samsung dalam arena Android Wear akan sekaligus menguntungkan platform tersebut untuk digunakan dengan lebih meluas?

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd