Aplikasi SlideShare Diperkenalkan Untuk Para Pengguna Android

Aplikasi SlideShare Diperkenalkan Untuk Para Pengguna Android

Diterbitkan pada Apr 16, 2014 oleh .

Bagi mereka yang mengemari mengikuti pelbagai kandungan berbentuk slaid, terutamanya persembahan dan juga PDF, laman SlideShare mungkin sesuatu yang bukan asing. Hari ini, ia dilihat perkhidmatan tersebut telah pun secara rasminya memperkenalkan aplikasi rasmi mereka untuk Android.

SlideShare Android

Melalui aplikasi SlideShare untuk Android, pengguna boleh mengikuti pelbagai topik kegemaran mereka, dan membaca dan melihat slaid menggunakannya. Sokongan memuat-naik masih tidak disertakan buat masa ini, sebaliknya sokongan untuk “Save” dan “Like” disediakan untuk pengguna membuat rujukan lanjut berkaitan dengan sesuatu perkara.

Untuk makluman, perkhidmatan SlideShare ini telah diambil-alih oleh LinkedIn sebelum ini, dan secara kasarnya, elemen antaramuka aplikasi SlideShare dan Pulse (yang turut dimiliki LinkedIn) tidak begitu jauh berbeza. Pengenalan aplikasi SlideShare ini juga turut memperlihatkan fokus pihak LinkedIn dalam menawarkan pelbagai kandungan menarik terus ke skrin peranti mudah-alih.

Bagi pengguna Android, boleh memuat-turunnya hari ini, sementara versi iOS dijangka akan menyusul tidak lama lagi.

Muat-Turun SlideShare untuk Android


TIPS & ULASAN