Cari @ Amanz

Beberapa tahun yang lepas, pihak Google telah memperkenalkan sokongan akses daripada satu komputer ke komputer yang lain melalui fungsi Chrome Remote Desktop. Hari ini, fungsi tersebut diperluaskan, dimana pengguna boleh membuat perkara sama menggunakan peranti Android mereka.

Chrome Remote Desktop

Menggunakan aplikasi Chrome Remote Desktop, pengguna boleh mengakses desktop mereka terus menggunakan tablet atau telefon pintar mereka. Seperti kebanyakkan perisian seumpamanya (TeamViewer, Windows Desktop Remote, dan lain-lain), pengguna perlu terlebih dahulu mengaktifkan akses pada komputer Windows dan Mac untuk Chrome Remote Desktop ini, sebelum menggunakan aplikasi Android khusus untuk mengakses komputer anda.

Komputer anda juga perlulah aktif pada ketika ia diakses menggunakan aplikasi ini. Menggunakannya, ia akan memudahkan pengguna untuk membuat pelbagai tugasan dengan menghubungkan ke komputer utama anda, selain membantu rakan-rakan anda yang lain yang mempunyai masalah komputer dan sebagainya.

Apa pun, apa yang mendukacitakan adalah aplikasi ini dilihat hanya ditawarkan untuk beberapa buah negara sahaja buat masa ini, dan pengguna tempatan perlu memasangnya menggunakan fail APK.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd