Google Memperkenalkan Sokongan AdWords Dalam Bahasa Malaysia

Google Memperkenalkan Sokongan AdWords Dalam Bahasa Malaysia

Diterbitkan pada Apr 17, 2014 oleh .

Google AdWords merupakan platform pengiklanan daripada Google dalam menyediakan para pengiklan dengan tools yang berkaitan dalam mengiklan di platform Google. Sehingga kini, perkhidmatan tersebut hanya ditawarkan dalam beberapa bahasa sahaja, dan kini ia diperluaskan untuk turut menyokong bahasa Malaysia.

Bersama-sama pengenalan ini, selain menawarkan tools dalam bahasa Malaysia, ia juga memberikan peluang kepada para pengiklan untuk menyasarkan kata kunci berbahasa Malaysia pada platform pengiklanan Google.

Menurut Google, hampir 60% pengguna tempatan menggunakan bahasa Malaysia sebagai bahasa pertuturan utama mereka, dan dengan pengenalan perkhidmatan AdWords dalam bahasa Malaysia, ia akan menarik lebih ramai pengiklan tempatan dalam menggunakan perkhidmatan mereka untuk mengiklan di platform Google.

Dengan pengenalan ini juga, pihak Google turut mengatakan yang mana sokongan bahasa Malaysia untuk Google AdSense akan hadir tidak lama lagi, sekaligus turut memberikan kelebihan untuk para penerbit menjana wang melaluinya.


TIPS & ULASAN