Apple Dilaporkan Ingin Menyertakan Sokongan Shazam Terus Pada iOS8

Apple Dilaporkan Ingin Menyertakan Sokongan Shazam Terus Pada iOS8

Diterbitkan pada Apr 17, 2014 oleh .

Apple pada sistem operasi mudah-alih versi sebelum ini sedia mengintegrasikan beberapa perkhidmatan sosial, dan mengikut laporan terbaru, Apple dikatakan ingin menyertakan sokongan identifikasi lagu pada iOS8. Untuk menjayakannya mereka mungkin bekerjasam dengan pihak Shazam.

Shazam sedia digunakan jutaan pengguna seluruh dunia dalam mengetahui tajuk sesebuah lagu. Ia membolehkan pengguna menjalankan aplikasi tersebut dan mendengarkan sesuatu lagu untuk mengetahui berkenaan dengan tajuk lagu dan sebagainya.

Melalui integrasi pada iOS8, mungkin Apple akan memudahkan pengguna membuat carian dengan sokongan Siri, seperti “what song is playing,” dan ia akan memberikan tajuk lagu yang sedang diperdengarkan.

Berkemungkinan dengan fungsi ini, ia akan membolehkan lebih ramai pengguna mendapatkan lagu yang digemari mereka melalui iTunes, disamping turut menawarkan fungsi tambahan kepada pengguna.


TIPS & ULASAN