Konsol permainan PlayStation 4 daripada Sony telah diperkenalkan pada tahun lepas, dan mula dijual di Malaysia sekitar Disember. Kini, selang beberapa bulan, pihak Sony mengeluarkan statistik jualan mereka, mengatakan telah menjual 7 juta unit konsol mereka di seluruh dunia.
PlayStation 4 membawakan pelbagai pambaharuan, termasuk sokongan grafik yang baik, perisian yang dikemaskini, dan juga alat kawalan yang diintegrasikan dengan beberapa fungsi baru. Selain pengumuman berkaitan statistik jualan, pihak Sony turut mengatakan yang mana mereka akan berkongsi lebih lanjut berkenaan dengan kemaskini perisian baru untuk konsol PS4 mereka yang tidak lama lagi.
Di Malaysia, PlayStation 4 dijual pada harga RM1799, selain turut ditawarkan dengan beberapa bundle khusus untuknya.
Jadi, adakah anda antara 7 juta pengguna konsol PlayStation 4?