MaGIC Melantik Cheryl Yeoh Sebagai CEO Pertama

MaGIC Melantik Cheryl Yeoh Sebagai CEO Pertama

Diterbitkan pada Apr 17, 2014 oleh .

Pada hari ini MaGIC (Malaysian Global Innovation & Creativity Centre) telah mengumumkan perlantikan CEO baru untuk mengemudi hala tuju inisiatif MaGIC disamping menggalakkan pertumbuhan pesat terutamanya didalam arena startup yang memfokuskan kepada industri teknologi, inovasi dan kreatif. Cheryl Yeoh, telah dilantik sebagai CEO pertama MaGIC.

80_cherylyeoh_print

Terdahulu Cheryl Yeoh merupakan pengasas Reclip.It, yang telah dimiliki oleh Walmart Labs pada 2013. Sepanjang beliau aktif dengan Reclip, startup tersebut menyenaraikan kupon digital dan iklan secara berkala dari jenama-jenama besar seperti Walmart, Macy’s, Target dan banyak lagi. Startup tersebut juga memperoleh dana dari 500 Startup, Great Oaks VC dan pelabur dana awal (angel investor) sekitar Silicon Valley dan New York. Beliau memperoleh banyak pengiktirafan antarabangsa antaranya ’44 Usahanita Yang Anda Perlu Tahu’ oleh Mashable, 10 Wanita Terkenal Dalam Digital oleh L’Oreal. Beliau juga merupakan salah seorang mentor Founder Institute dan program oleh Peter Thiel, 20Under20.

Beliau berasal dari Petaling Jaya dan pernah bersekolah di Sekolah Menengah Seaport di Petaling Jaya. Beliau juga seorang pemegang biasiswa Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) Malaysia untuk program Ijazah Sarjana Muda dan Ijazah Sarjana dalam bidang kejuruteraan di Cornel University.

Baca: Biodata Cheryl Yeoh 

Selain dari perlantikan beliau, beberapa perkara menarik turut dikongsikan antaranya mengenai sesetengah program MaGIC dirancangkan untuk universiti, termasuklah perjanjian dengan universiti terkenal di Amerika Syarikat yang bakal diumumkan tidak lama lagi.

Baca: Informasi lanjut berkenaan MaGIC


TIPS & ULASAN