Flickr Membawakan Kemaskini Antaramuka Untuk Aplikasi Android Dan iOS

Flickr Membawakan Kemaskini Antaramuka Untuk Aplikasi Android Dan iOS

Diterbitkan pada Apr 17, 2014 oleh .

Flickr merupakan platform perkongsian gambar yang dimiliki Yahoo!. Mereka sedia menawarkan aplikasi iOS dan juga Android untuk para pengguna, dan hari ini mereka memperkenalkan sedikit kemaskini membawakan perubahan pelbagai antaramuka, dan menjadikannya lebih sosial lagi.

Flickr 3.0 Android

Melalui kemaskini ini, selain daripada perubahan rekaan dan antaramuka, Flickr turut memudahkan lagi pengguna untuk merakamkan gambar dan video – dan seterusnya membuat penyuntingan ringkas dan menambah filter sebelum dikongsikan.

Disamping itu, sebaik sahaja aplikasi ini dipasang pada peranti mudah-alih pengguna, ia akan memaparkan pilihan untuk sync gambar terus ke Flickr untuk simpanan sebagai salinan pendua.

Bagi pengguna yang banyak merakamkan gambar, mungkin anda boleh memuat-turun aplikasi ini di Google Play Store dan juga AppStore hari ini.

Muat-Turun Flickr untuk Android

Muat-Turun Flickr untuk iOS


TIPS & ULASAN