Cari @ Amanz

Selain Google, satu demi satu pengeluar peranti kini menerbitkan aplikasi mereka di Google Play Store, dalam memudahkan proses kemaskini untuknya tanpa perlu melalui tempoh yang lama seperti sedia ada. Terkini, Sony dilihat menerbitkan aplikasi Xperia Keyboard mereka di Google Play Store.

Sony Xperia Keyboard

Xperia Keyboard ini dilihat masih khusus untuk pengguna peranti Sony sahaja, dan tidak ditawarkan untuk semua pengguna Android yang lain.

Melalui penerbitan ini di Play Store, Sony turut menambah sokongan untuk sync data berkaitan pada akaun Sony Entertainment Network – sekaligus memudahkan anda mempunyai pengalaman yang sama sekiranya berubah peranti.

Bagi pengguna peranti Xperia, anda mungkin boleh menyemak aplikasi Xperia Keyboard di Google Play Store hari ini.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd