Cari @ Amanz

Canonical hari ini secara rasminya telah pun melancarkan sistem operasi terbaru mereka, iaitu Ubuntu 14.04 LTS yang dikenali dengan nama kod Trusty Tahr. Melalui versi LTS ini, versi sistem operasi ini akan menerima sokongan selama lima tahun – sesuai untuk penggunaan perusahaan.

Ubuntu 14.04 LTS

Seperti pada setiap kemaskini, Ubuntu 14.04 turut menyertakan pembaharuan dari segi aplikasi dan perisian yang disertakan. Perisian popular seperti LibreOffice, Firefox dan sebagainya dikemaskini kepada versi terkini, selain mana Unity dikemaskini dengan pelbagai perkara baru.

Ubuntu 14.04 dilihat kini menyokong paparan skrin resolusi tinggi, selain turut membawakan beberapa kemaskini dari segi rekabentuk – terutamanya pada lock screen. Pelbagai gambar latar baru turut disertakan pada sistem operasi ini.

Selain daripada pengenalan Ubuntu 14.04, pihak Canonical turut mengumumkan pengenalan Ubuntu Server, Ubuntu Core, Kubuntu, dan juga Edubuntu yang menggunakan angka versi sama.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd