Cari @ Amanz

Bagi mereka yang aktif menggunakan FourSquare, mungkin sedia mengenali fungsi “Nearby Friends” yang memperlihatkan rakan-rakan berdekatan dengan lokasi anda. Kini, Facebook turut dilihat mengintegrasikan sokongan sama, dan memperkenalkannya kepada pengguna laman sosial terkemuka tersebut.

Melalui fungsi ini, ia memaparkan rakan-rakan anda yang berada berhampiran dengan lokasi semasa anda, sekaligus dikatakan akan merapatkan hubungan anda dengan rakan-rakan di Facebook.

Untuk fungsi ini, Facebook akan mengemaskini aplikasi iOS dan Android mereka tidak lama lagi, dan ia akan menambah sebuah halaman tambahan yang memaparkan lokasi rakan-rakan yang berhampiran. Ia juga turut akan memperlihatkan sebuah notifikasi untuk menunjukkan rakan-rakan yang berdekatan anda dalam bentuk masa-nyata.

Facebook Nearby Friends

Facebook mengatakan fungsi ini turut menyertakan sokongan privasi dan sebagainya, dimana anda boleh memilih untuk mengaktifkannya ataupun sebaliknya.

Fungsi Nearby Friends ini akan diperkenalkan kepada pengguna di Amerika Syarikat terlebih dahulu dalam beberapa minggu lagi dan mungkin mengambil beberapa bulan sebelum diperluaskan ke negara-negara lain.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd