Cari @ Amanz

Di dalam filem The Matrix, berbillion manusia disimpan di dalam dunia maya The Matrix dan haba dari tubuh mereka digunakan oleh robot untuk menguasai dunia. Manusia menjadi bateri biologikal yang bukan sahaja wujud dalam jumlah yang banyak tetapi adalah sumber tenaga yang mudah ditukar ganti. Idea menjanakan kuasa dari tubuh manusia kini bukan lagi fiksyen sains tetapi menjadi realiti di Korea Selatan.

Profesor Jo Byeong-jin dari Korea Advanced Institute of Science and Technology (KAIST) berjaya menghasilkan sistem thermocouple yang mengubah haba dari tubuh manusia kepada tenaga elektrik bagi menguasai peranti boleh-pakai. Sebuah panel thermocouple sebesar 10x 40 inci mampu menghasilkan 2 watt tenaga elektrik yang cukup untuk menghidupkan sebuah iPhone. Menurut Profesor Jo, panel ini boleh dijahitkan pada baju yang dipakai oleh pengguna pada masa hadapan dan tenaga elektrik yang dijanakan dipancarkan tanpa wayar ke peranti milik mereka. Profesor Jo kini sedang cuba memperbaiki ciptaan beliau dan bercadang menghasilkan pakaian yang mampu menjana tenaga elektrik menggunakan haba tubuh dalam masa 3 tahun.

Sebuah idea yang menarik dan mungkin akan menamatkan pergantungan kita kepada palam pengecas dan powerbank di masa hadapan. Di masa hadapan peranti akan berfungsi tanpa henti selagi pengguna masih hidup. Jika anda kreatif kami sarankan anda mempatenkan sistem penggera yang akan memanggil sanak saudara dan ambulans apabila peranti anda mati. Ini adalah kerana apabila peranti mati ia juga menandakan sumber kuasanya (iaitu anda) juga sudah tidak lagi bernyawa. Segeralah ke pejabat paten terdekat. Jangan jadi macam kes tudung Fareeda.

thermobattery

 

Sumber Korea IT News

 

 

 

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd