Sony SmartBand Disenaraikan Untuk Pasaran Malaysia Pada Harga RM399

Sony SmartBand Disenaraikan Untuk Pasaran Malaysia Pada Harga RM399

Diterbitkan pada Apr 18, 2014 oleh .

Sony pada awal tahun ini telah memperkenalkan SmartBand mereka, iaitu sebuah aksesori dengan fungsi life-logging serta boleh dihubungkan ke peranti mudah-alih anda. Kini, selang beberapa bulan, Sony SmartBand telah pun mula disenaraikan di Sony Store Malaysia pada harga jualan saranan RM399.

Sony SmartBand

Sony SmartBand

Sony SmartBand hadir dengan sebuah aplikasi khusus untuknya, dimana ia menyimpan pelbagai data termasuk data berkenaan dengan kecergasan, sosial dan sebagainya. Menggunakan SmartBand juga, ia akan bergetar apabila pengguna menerima sebarang panggilan ataupun notifikasi.

Sony turut mengatakan ia turut boleh merakamkan data berkenaan keadaan ketika anda tidur dan pelbagai perkara lain berkaitan aktiviti harian anda. Seperti kebanyakkan peranti Sony, ia turut kalis air.

Sony SmartBand menggunakan teras yang boleh ditanggalkan, sekaligus memudahkan pengguna mengubah tali strap bersesuaian dengan pakaian dan sebagainya.

Baca : Pandang Pertama Sony SmartBand


TIPS & ULASAN