Xiaomi Bakal Memperkenalkan Tablet Mereka Pada Minggu Hadapan?

Xiaomi Bakal Memperkenalkan Tablet Mereka Pada Minggu Hadapan?

Diterbitkan pada Apr 19, 2014 oleh .

Xiaomi boleh dikatakan salah satu syarikat pengeluar peranti mudah-alih yang sedang meningkat namanya akhir-akhir ini. Selain beberapa telefon pintar pada harga rendah, kini Xiaomi turut dilihat bakal memperkenalkan tablet pertama mereka pada minggu hadapan.

Tablet Xiaomi

Melalui sebuah gambar yang dikongsikan hari ini, ia dilihat Xiaomi merancang untuk memperkenalkan sebuah tablet pada 23 April ini. Secara kasarnya, boleh dikatakan ia membawakan rekabentuk peranti serba sedikit seperti Lenovo Yoga Tablet.

Tiada informasi berkaitan spesifikasi dan sebagainya yang diketahui buat masa ini. Xiaomi buat masa ini masih tidak menawarkan peranti mereka untuk pasaran tempatan, tetapi menyasarkan untuk memperkenalkan peranti mereka secara rasmi di Malaysia dalam beberapa bulan lagi. Mungkinkah tablet ini turut akan menjadi antara peranti terawal Xiaomi yang akan memasuki pasaran tempatan kelak?


TIPS & ULASAN