HTC Ingin Menyertakan Sokongan Zoom Optikal Pada Telefon Pintar
HTC

HTC Ingin Menyertakan Sokongan Zoom Optikal Pada Telefon Pintar

Diterbitkan pada Apr 19, 2014 oleh .

HTC pada One M8 mereka yang diperkenalkan baru-baru ini telah hadir dengan sokongan dwi-sensor pada bahagian belakang dalam membolehkan anda merakamkan gambar dengan lebih baik. Dan seperti biasa, mereka tidak berhenti setakat itu sahaja, dan dilihat ingin membawa lebih banyak perkara menarik pada kamera peranti mudah-alih.

HTC One M8

Bercakap mengenai kamera pada peranti mudah-alih, HTC mengatakan telefon pintar akan mengintegrasikan sokongan zoom optikal, dan HTC dikatakan akan melaksanakannya tidak lama lagi.

Pihak HTC dilihat menyasarkan antara 18 bulan ke dua tahun untuk teknologi lensa menjadi lebih baik, sekaligus membolehkan kamera pada telefon pintar turut merakamkan gambar yang menarik seperti kamera lain.


TIPS & ULASAN