Mungkinkah Google Menggunakan Cip MediaTek Pada Peranti Nexus?

Mungkinkah Google Menggunakan Cip MediaTek Pada Peranti Nexus?

Diterbitkan pada Apr 19, 2014 oleh .

Keluarga peranti Nexus merupakan keluarga peranti yang dibangunkan oleh Google dengan beberapa rakan kerjasama, dan menerima sokongan rasmi daripada Google. Pada tahun ini, Google masih belum memperkenalkan sebarang peranti Nexus – sama ada telefon ataupun tablet.

Beberapa ura-ura dan desas-desus berkaitan dengannya telah kedengaran, dan terkini beberapa spekulasi hadir mengatakan Google mungkin hadir dengan peranti Nexus menggunakan cip pemprosesan MediaTek.

Dengan menggunakan cip MediaTek, ia dikatakan pihak Google boleh menawarkan peranti Nexus pada harga yang lebih murah lagi berbanding peranti Nexus sebelum ini. Keluarga peranti Nexus disasarkan untuk para pembangun untuk membangunkan aplikasi mereka, tetapi sejak setahun dua ini ia turut menerima permintaan tinggi dikalangan para pengguna.

Selain daripada Google, sekiranya perkara ini berjaya, ia turut akan menguntungkan pihak MediaTek, dimana lebih ramai pengeluar akan berani menggunakan cip mereka, disamping pengguna yang akan yakin dengan jenama telefon yang menggunakan cip tersebut.

Buat masa ini, kebanyakkan pengeluar telefon dari China menggunakan cip pemprosesan tersebut, selain beberapa pengeluar terkemuka lain – termasuk pihak Acer dan Ninetology.

Jadi, mungkinkah pihak Google menggunakan cip MediaTek pada peranti Nexus akan datang?


TIPS & ULASAN