Cari @ Amanz

Nike hari ini dilaporkan telah menghentikan sebahagian daripada tenaga kerja Fuelband – salah satu peranti boleh-pakai daripada Nike yang memfokuskan kepada pengumpulan data-data berkaitan kecergasan.

Nike FuelBand SE

Laporan ini hadir daripada CNet, mengatakan dengan pengurangan pekerja di bahagian hardware Fuelband ini, Nike akan memfokuskan lebih kepada bahagian perisian.

Apa pun, daripada komen pihak Nike, mereka mengatakan Nike+ FuelBand SE akan kekal sebahagian daripada perniagaan mereka, dimana mereka akan mengemaskini aplikasi Nike+ FuelBand, serta menyokong FuelBand SE seperti biasa.

Seperti semua sedia maklum, arena gelang tangan pintar yang memfokuskan kepada kecergasan ini disertai ramai pesaing akhir-akhir ini, selain Apple turut dikatakan akan menyertai arena sama tidak lama lagi. Memandangkan Apple dan Nike sering bekerjasama dengan rapat, adakah ini petanda peranti boleh-pakai daripada Apple akan hadir pada tahun ini?

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd