Permainan Amazing Spiderman 2 Sedia Dimuat-Turun Untuk Android Dan iOS

Permainan Amazing Spiderman 2 Sedia Dimuat-Turun Untuk Android Dan iOS

Diterbitkan pada Apr 21, 2014 oleh .

Bagi para peminat filem Spider-man 2 yang akan ditayangkan tidak lama lagi, kini pihak Gameloft telah menerbitkan permainan mudah-alih terbaru mereka bersempena dengan filem tersebut – dan sedia untuk dimuat-turun para pengguna peranti Android dan iOS.

Seperti beberapa permainan bertemakan filem, permainan Spider-man 2 ini mengambil latar yang lebih kurang sama dengan filem The Amazing Spider-man 2 yang akan ditayangkan tidak lama lagi. Pemain akan membawa watak Peter Parker dalam berhadapan dengan pelbagai musuh dan pihak jahat, sekaligus menyelamatkan bandar daripada dimusnahkan.

Permainan ini ditawarkan pada harga $4.99 di iOS, dan RM16.58 di Google Play Store. Pihak Gameloft juga turut dilihat menawarkan beberapa kandungan tambahan untuk pemain melalui pembelian melalui aplikasi pada permainan ini.

Muat-Turun Spider-Man 2 untuk Android

Muat-Turun Spider-Man 2 untuk iOS


TIPS & ULASAN