AcDisplay – Memaparkan Notifikasi Di Android Seumpama Moto X

AcDisplay – Memaparkan Notifikasi Di Android Seumpama Moto X

Diterbitkan pada Apr 21, 2014 oleh .

Bagi anda yang pernah menonton video promosi ataupun melihat peranti Moto X, mungkin perasan akan bentuk notifikasi yang diperlihatkan padanya. Kini, semua pengguna Android turut boleh menikmati fungsi yang lebih kurang sama melalui aplikasi AcDisplay.

AcDisplay

Menggunakan aplikasi ini, ia akan memaparkan notifikasi yang masuk bersama-sama dengan pelbagai notifikasi lain yang tidak dibuka atau diakses pengguna.

Untuk melihat secara pantas, pengguna boleh sentuh pada ikon notifikasi tersebut, dan ia akan memaparkan secara ringkas apakah yang dibawakan, dan pengguna boleh swype ke bawah untuk mengakses terus aplikasi berkenaan.

Apa pun, buat masa ini, aplikasi ini hanya menyokong pengguna Android 4.4 dan terkini sahaja. Bagi anda yang berminat, boleh memuat-turunnya secara percuma dari Google Play Store hari ini.

Muat-Turun Aplikasi AcDisplay untuk Android


TIPS & ULASAN