Cari @ Amanz

Pada bulan Januari yang lepas, berdasarkan statistik daripada IDC telah menyatakan Windows Phone merupakan platform mudah-alih kedua terbesar di Malaysia. Menyedari peluang ini, Microsoft Malaysia dengan kerjasama Asia Pacific University of Technology & Innovation (dahulu dikenali sebagai APIIT) akan mengadakan bengkel pembangunan aplikasi untuk platform Windows Phone pada 26 April 2014.

Bengkel ini menyasarkan mereka yang berminat dan ingin mencipta aplikasi Windows Phone. Kursus seharian tersebut akan membolehkan peserta mempelajari asas pembangunan aplikasi Windows Phone dari menggunakan Windows Phone App Studio, melakukan integrasi dengan komponen tertentu sehinggalah menerbitkan aplikasi tersebut pada Windows Phone Store.

Berikut merupakan agenda utama pada acara ini:

9:00 AM – 9:30 AM

Registration

9:30 AM – 10:30 PM

Building App with Windows Phone App Studio

10:30 PM – 12:00 PM

Windows Phone Navigation & Controls

12:30 PM – 1:30 PM

Lunch

1:30 PM – 2:30 PM

Files & Store

2.30 PM – 3.15 PM

Launchers

3.30 PM – 4.30 PM

Location-based services

4.30 PM – 6:00 PM

Windows Phone Store & App submission

Lokasi: Computer Lab 3 (Level 3), Technology Park Malaysia, Asia Pacific University of Technology & Innovation (dahulu dikenali sebagai APIIT) Bukit Jalil

Tarikh: 26 April 2014.

Sekiranya dilihat dari jadual agenda diatas, bengkel ini semestinya menawarkan banyak informasi secara langsung. Sekiranya anda tidak berkesempatan untuk menghadiri acara ini, atau anda ingin membiasakan diri dengan Windows Phone App Studio sebelum menghadiri acara ini, anda boleh melayari laman web Microsoft Virtual Academy.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd